Thursday, December 16, 2010

~Selamat Hari Lahir Elin~


Hari ini genap 27 tahun aku hidup di dunia yang serba sederhana ni. Syukur aku panjatkan kepadaNya kerana aku masih bernafas dan mampu merasai nikmat kurniaanNya. Terima kasih dan peluk cium yang tak terhingga aku ucapkan kepada kedua ibu bapa aku. Tanpa mereka dan tanpa kehendakNya, tiadalah insan bernama Nurerlina Md Yusof di dunia ni. Kasih sayang, kesabaran dan kejayaan mereka dalam membesarkan aku yang 'sebesar ini'..(ehem) aku sanjung tinggi.

Buat rakan-rakan seperjuangan, sokongan dan gelak tawa bersama menjadi penawar duka di hati. Aku harap korang berbahagia selalu dalam menempuh hidup bersama insan tersayang. Andai ditakdirkan kita semua membawa haluan sendiri satu hari nanti, alwiz remember me as one of ur best buddies okeh all?? (ok tkde sape jawab..malu2)hehe..

Tiada ape yang bermakna untuk dicatatkan pada ketika usia aku genap 27 tahun. Cuma aku berazam untuk lebih mematangkan diri dan berfikiran waras selaras dengan usia ku seperti yang diucapkan oleh sahabat handai sempena hari jadi aku. Doa dan kata nasihat kalian akan aku semat dan jadikan panduan dalam menempuh hari-hari mendatang. Menjadi insan terbaik untuk insan-insan yang aku sayangi adalah impian aku. Tapi aku hanyalah insan lemah yang tak sunyi dari kesilapan. Adakalanya aku tak mampu memuaskan hati semua. Adakalanya aku memilih untuk menjadi diri aku walau aku tahu bukan itu yang korang inginkan dari aku. Maafkan aku...........

Huhhh, aku penat menanti hidup aku dan berharap semua berlaku seperti yang aku inginkan. Kini, aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk aku dan dia. Aku tak tau ape yang akan berlaku seterusnya. Aku biarkan dia bahagia dengan hidupnya biar apepun jalan hidup yang dia pilih. Andai suatu hari nanti dia memilih jalan hidup seperti yang aku inginkan, akulah insan yang paling bahagia sekali kerana doa aku selama ini termakbul dan salah satu impian aku tercapai. Pada hari ini dan ketika ini, aku maafkan segala kesilapan dia andai ada yang buat aku terluka dan sudah tentunya maafkan segala perlakuan dan kata-kata aku andai ada yang buat kau terluka dan andai dia membaca coretan aku. Menjauhkan diri dari dia adalah pilihan terakhir aku. Tapi aku terpaksa pilih kerana aku kalah dalam kedegilan dia, aku kalah dalam memiliki jiwanya. Sebelum aku memaksa die mengikut rentak aku, biarlah aku mengalah dulu. ...Biarlah aku mengalah untuk menang dari aku menang sedangkan hakikatnya aku kalah!

Cukuplah setakat ni luahan hati aku di hari lahir ku............


No comments:

Post a Comment