Friday, December 16, 2011

The End...

There goes the end of the story. 

My story doesn't end good. 

Have to accept the fact it was sad ending...............

Friday, August 19, 2011

Aku Lemah..........

Ya Allah, kenapa dia kau pilih untuk aku sayangi, ampunkan aku kerana mempertikaikan ujian mu.
Aku tersiksa kerana menyayanginya.
Aku sakit kerana terus berkorban rasa.
Air mata ini tak sudah jatuh kerananya.
Aku sabar kerana persahabatanku.
Aku bertahan kerana kebaikannya.
Tak tertanggung rasa beban di dada.
Ampunkan aku kerana kelalaianku atas rasa ini.
Hambamu yang lemah ini memohon bantuan dan keredhaanmu.
Bantulah aku Ya Allah.
Sekali lagi, andai dia kau temukan untuk ku bimbingi, mudahkanlah laluan kami.
Andai sebaliknya, berilah kekuatan untuk aku melupakannya.
Engkau ketemukanlah aku dengan insan yang boleh membimbingku ke jalanmu,
Menerima aku seadanya, menyayangi aku seperti mana aku menyayanginya.

Monday, August 8, 2011

Karena Ku Sanggup - Agnes Monica

biar aku sentuhmu berikanku rasa itu
pelukmu yang dulu pernah buatku
ku tak bisa paksamu tuk tinggal di sisiku
walau kau yang selalu sakiti aku dengan perbuatanmu
namun sudah kau pergilah jangan kau sesali

karena ku sanggup walau ku tak mau
berdiri sendiri tanpamu
aku mau kau tak usah ragu tinggalkan aku
kalau memang harus begitu

tak yakin ku kan mampu hapus rasa sakitku
ku selalu perjuangkan cinta kita namun apa salahku
hingga ku tak layak dapatkan kesungguhanmu


Sunday, August 7, 2011

Badai Pasti Berlalu

Walau aku senyum bukan bererti,
Aku bahagia dalam hari,
Ada yang tak ada dalam hati ini,
Di jiwa ini hampa,


Aku bertemu sang adam di satu persimpangan hidupku,
Mungkin akan ada cerita cinta,
Namun ada saja dugaan dalam hidup,
Seakan aku hina......

Tuesday, August 2, 2011

Course & Meeting Everywhere...Part 1

Huh, course n meeting back to back!!tired but enjoy..dats in my mind currently.

The appetizer was starting with induction. What surprise me at first was the venue which was at Pusat Latihan Hospital Pasir Mas. Damn!!wat i'm going to do there..but still, u have to go,no option.The journey was in d early morning (yawn n hungry!!) and it took 8 hours to reach there by bus and we just stop buy once at gua musang which 7 hour later for my breakfast!!which i consider it as lunch..huhu...after that continue journey and arrived around 6pm..

So here, the nightmare began...but it just a short nightmare when it turn to be sweet reality moments. Starting from 2 of a kind, nice, sporting, caring and bla bla bla facilitators (all nice words goes to both of u), came along enjoy n cheerful activity in d middle, disturbance by bored classes (have to admit) n close by most important things..
a great n wonderful friend from various background n story. u guys d best!
A great opportunity to meet new n nice people for every session. Enjoy every moments we share together.U all are very nice guys.

Enjoy the picture below!







Saturday, July 30, 2011

Mencari Cinta...

Sepanjang perjalanan hidup kita, mesti banyak cinta yang dah kita ketemui. Even sejak dari lahir pun kita dah dicintai oleh ibu, ayah dan keluarga, dididik untuk mencintai Sang Pencipta dan Rasul junjungan serta menghormati sanak saudara.

Melangkah ke alam persekolahan, kita diketemukan dengan rakan sepermainan. Disini pun adakalanya wujud perasaan sayang sesama kawan sehingga akhirnya menimbulkan bibit-bibit percintaan. Jika bernasib baik, percintaan ini berakhir ke jinjang pelamin. Jika tidak, terputuslah di tengah jalan. Inilah yang dikatakan jodoh dan ketentuan tuhan.

 Semakin menginjak dewasa, lebih luas ruang lingkup persekitaran yang kita tempuhi. Alam pekerjaan contohnya, membawa kita kepada percintaan antara rakan sekerja tidak kira lah dibawah satu bumbung, satu kertas, satu meja, satu komputer, satu projek, satu kereta atau apepe yang sewaktu dengannya. Disini percintaan sekali lg diuji sama ada jodoh itu telah ditentukan tuhan atau tidak. Mencari cinta adakalanya mudah jika bertemu ruasnya. Jika berlaku sebaliknya, rasa sakit menyayangi seseorang itu lebih sakit dari membencinya.Apepun yang terjadi, anggaplah semua itu ketentuan tuhan dan ada hikmah yang berlaku di sebaliknya. Tidak semua yang kita inginkan berlaku seperti yang kita minta.

Kita manusia mampu berusaha dan berdoa, selebihnya serahkan pada Yang Maha Kuasa.....InsyaAllah.

Friday, July 15, 2011

Samar Bayangan - Nicky Astria

Langkah semakin hilang jejak
Dihembus angin duka
Kini tinggal samar bayangan
Tak bisa lagi berdiri
'Tuk menatang cinta ini
Mengapa harus ku sendiri pertahankan
Cinta yang berdarah ini oh...

Hati masih merindu sedih
Walau hujan berapi
Membakar di bumi hatiku
Andainya putus katamu
Ingin pergi dariku cuma
Kau menyesali

Segalanya akan aku tempuhi
Biar pun sejuta duri
Menikam bisa hatiku
Menusuk pilu kalbuku
Akan aku teguh berdiri lagi oh..
Biarkanlah diriku sendiri
Hadapi kelukaan ini
'Kan ku sambut airmata ini
Walaupun pedihnya tiada terperi

Langkah semakin hilang jejak
Dihembus angin luka
Kini tinggal samar bayangan
Andainya putus katamu pergi
Tinggalkan daku cuma
Usahlah kau menyesali lagi

Tuesday, May 31, 2011

R.I.N.D.U

 Just back from long, far, exhausted yet REMEMBERING journey continuously,

Five words in mind,

~ I MISS EVERYTHING I LOVE ~

Will be back soon,

I promise this...

Monday, April 4, 2011

Bored...


If It's True That Life Is Short..

Why Bored Exist In Life..

Sometime I Wish Life End Sooner..

But It All In God's Hand..

Till It Comes, Life Must Go On.. 

Friday, March 4, 2011

Kembali Menerjah...

Di mana kau cinta ????

Ingin saja kujerit pada dunia tentang rasa hati aku tapi siapa la yg sudi mendengar. Sedangkan mereka sendiri ada hidup yg perlu diuruskan, ada masalah yg perlu diselesaikan, ada hati yg perlu dijaga selain mendengar luahan hati aku. Akhirnya, padaMu aku berdoa mencari ketenangan.

Aku akui pernah mendapat ketenangan yg dicari. Tp ketenangan bukan lahir dr hati tp seolah-olah aku paksakan wujud dlm diri. Terbukti apabila dia kembali menerjah dan mengetuk pintu hati, aku goyah semula. Aku kembali memberi semangat kepadanya, menyambutnya yg hampir tersungkur jatuh dan mengingatkannya yg hampir alpa sedang perasaan marah dan sedih masih berbuku dlm hati. Mungkin aku termakan dengan kata-kata aku yg apepun jadi antara aku dan dia, aku akan tetap menyokong dan mendoakan kebahagiaan dia. Dia sememangnya tk menuntut apa-apa dr kata-kata itu. Aku sendiri yang terdorong untuk menolong dia. Kesedihan dia adalah kelemahan aku, kegembiraan dia adalah kekuatan aku tp perlukah aku terusan berkorban.

Ya Allah, kenapa dia kau ketemukan untukku yang bahagianya hanya seketika..Andai dia diketemukan padaku untuk dibimbingi, Engkau permudahkanlah segala urusanku, berilah dia petunjuk dan hidayah dalam menuju jalanMU.. Aku buntu, hilang kata-kata, hilang daya, aku pasrah................

Sunday, February 20, 2011

Broken Hearted..

Let Me Let U Go...

Kau Datang Membawa Cinta Dan Kesetiaan,

Dan Kau Pergi Meninggalkan Luka Dan Kehancuran,

Dan Aku Lebih Baik Dikenal Lalu Dilupakan,

Daripada Dicintai Dan Disayangi Lalu Dikhianati..

Balasan Atau DugaanNya...

Banyak yang terjadi pada aku akhir-akhir ini. Bermula dari hal kereta aku n berbalik semula ke kereta aku. 

Pertamanya bila kunci kereta aku tertinggal dalam bonet. Tak perlu aku ceritakan bagaimana hal tu boleh terjadi. When it happen pun dah menambahkan kesesakan dalam kepala aku yang sediakala sesak masa tu.Syukur percutian di tasik kenyir melupakan masalah tu buat seketika dan syukur sahabat aku ada ketika aku memerlukan bantuan. Ditambah pula dengan hal di tempat kerja baru aku@HKL..(when u say it fast, it sounds like hell..try it..haha)..dengan kesibukan kerja n its totally new things to learn here plus uncivilized colleague (sounds cruel but he was), digandakan lagi dengan perpisahan aku dan dia (hope dis time is the last) dan yang terbaru cermin kereta aku pecah..huhu..It cost me quite lot ditengah2 bulan kesempitan wang..mujur ada duit insurans yang aku dapat baru2 ni..hurrm..wat i get i give back..

Semua yang berlaku membuat aku berfikir adakah ini balasan Tuhan atas segala kesalahanku dan kelalaian aku..atau ini sekadar ujianNya dalam menduga aku..Andai ini balasannya, ampunkan aku Ya Allah. Aku hanyalah makhlukmu yang lemah lagi hina yang kadangkala lalai dalam mengingatimu..Andai ini dugaanMu, aku redha, semoga aku lebih tabah dalam menjani hidup menuju kejalanMu disamping orang-orang yang boleh membimbingku..

Monday, February 14, 2011

Rindu Setengah Mati

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

Reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…

Sunday, February 6, 2011

Bila Kompang Berbunyi..

Kepak kepak kepak kepung kepung kepung kepak kepung kepak kepung!!

Tula yang tengah menghiasi gegendang telinga aku sekarang..Bunyi kompang!


Teringat zaman dolu-dolu, bila kompang berbunyi je, aku dgn sepupu aku berlari nk tgk pengantin. Masa tu badan kecik lagi,boleh mencelah tgh org ramai. Sekarang tak usah cakap la,usahkan mencelah, nak menjengah pun malas kalau pengantin tu org yg aku tk kenal waima anak jiran aku sekalipun. Makanya, duduklah aku mengadap komputer mencurahkan luahan hati dijiwa. Ape lagi luahan hati ni pasal....KAWIN!!


Sana sini aku dengar pasal orang bakal kahwin or baru berkahwin. Baik yang aku kenal mahupun tak kenal.Baguslah, dari berkepit sana sini tanpa ikatan yang sah, menambah kan dosa dgn buat maksiat, baiklah cepat-cepat halalkan hubungan tu..kembangkan zuriat, baru hidup complete..Syukur


Bila kompang berbunyi, mulut orang pun berbunyi..

 
       " Uish,sape yg kawin tu? berapa umur die?husband@wife die org mana?keje ape?
         Pengantin tu cantik@kurus sgt@nampak gemuk la."
         bla..bla..bla

Bertalu-talu soalan tak diundang yang aku dgr diselangi dgn jawapan yang amat diperlukan oleh sang penyoal tu tanpa dipinta. Biarlah, mulut org bukan boleh ditutup, aku pun ape kurang nya, perasaan nak tau tu membuatkan aku jadi salah seorang penyoal tu jugek..kuikui..

Tapi yang tak sedapnya bila ada soalan susulan ditujukan kat aku.


       " Ha, ni bila nak kawin pulak?
         Keje ada, kereta ada, ape lg yang kau tunggu?
         Takyah memilih sangat, kalau dah ada orang nak, baik orangnya, terima je.

         Awak tu bukan makin muda, dah kawin kan senang, ada orang jaga."

Huh, ingat aku ni ape, diva sgt ke ramai pilihan untuk aku pilih. Masalahnyer aku ni tk dipilih, mana nak ada pilihan untuk memilih. Lagipun ingat nk buat pilihan ni senang macam nak pilih ikan kat pasar..tu pun kalau pegi pasar tu awal pagi, kalo pegi time pasar dah nak tutup, ikan tak banyak pilihan dah. Kalau dah terdesak, yang busuk pun amik je. Ish, aku ni kategori pembeli ikan di pasar masa lewat pagi la yer..uish, takutnyer kalo salah pilih. Dpt ikan haruan yang busuk, eww..tak beli pun tkpe..ok, merapu dah cerita pasal ikan. Tapi tu lah yang boleh umpakan diri aku, kalau dah terdesak pun, cuba lah cari yang elok kalaupun tk dapat yang terbaik. Yang penting boleh membimbing aku yang kadang-kadang terumbang ambing ni.

Aku akui, pada saat aku menulis catatan ni, jiwa aku kosong yang teramat sgt. Hilang dalam ramai, sesat dalam terang. Itulah aku. Aku mengharapkan ada seseorang yang menemukan aku dalam ramai tu, yang memimpin aku utk bersama-sama menuju jalan yang diredhaiNya. Ini doaku untuk diri dan sahabat yang turut sama rasa konflik dan persoalan KAWIN ni..InsyaAllah..


Thursday, January 6, 2011

Hijrah...

Baru beberapa hari kita telah melangkah ke tahun baru. Begitu juga aku, aku turut melangkah ke alam kedewasaan yang baru. Aku semakin bersedia dalam menempuh hidup dengan harapan segalanya berjalan seperti yang dinginkan. Andai sebaliknya, aku redha dengan ketentuanNya.


Aku benar-benar merasai penghijrahan ini. Bukan saja aku berazam untuk menjadi insan yang terbaik dr sebelumnya, malahan penghijrahan alam kerjaya aku. Beberapa hari yang lepas, aku menerima berita tentang tawaran kerja di tempat baru yang lebih menjanjikan tawaran yang lebih baik dari tempat sekarang. Syukur Alhamdulillah. Inilah yang dinamakan rezeki di hari lahirku..


Semalam juga telah ditinggalkan menjadi sejarah. Aku membuka lembaran baru dalam hidupku. Semua cerita dan kenangan lama akan kusimpan disalah satu sudut yang paling dalam di hati aku. Akan aku cipta cerita baru yang ku harap menjanjikan kebahagiaan untuk aku dan insan disekeliling aku. InsyaAllah..